Followers
29 December 2011
Bertuah saya....
28 December 2011
Apa nak jadi...??
Assalamualaikum w.h.t.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t krn masih diberi peluang utk hidup diatas muka bumi ciptaanNya ygb indah ini.
Selawat & salam keatas junjungan besar Rasulullah s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Setelah sekian lama, baru hari nie dpt update blog aku yg tk seberapa neh. Sebelum nie bkn sibuk ke ape, tapi xde idea tuk entry & lupa nk buka blog aku nie. Huhuhuhu
Kepada yg sudi baca & menjenggah blog aku nie....
Terima kasih daun keladi. Kpd followers yg 5 org tue, terima kasih gk sbb sudi follow.
Huhuhu
Hari aku nk berkongsi dgn anda smua 1 berita yg agk panas pagi nie yg aku baca kt Sinar Harian. Agak terkejut gk aku baca berita nie. kejadian berlaku di Kota Bharu, Kelantan.
Tajuk beritanya adalah.....
BERASMARA DI BILIK MANDI MASJID.
Tatkala aku terbaca tajuk berita neh, aku amat terkejut. Cukup tk sangka aku. Ape ke hey nyer kata org Perak. Umur pula dikatakn belasan tahun. Ooohh remaja pewaris bangsa.....
Sedikit petikan dari Sinar Harian....
KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.
Lokasi kejadian....
Untuk berita lanjut bleh layari link ini:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/berasmara-di-bilik-mandi-masjid-1.15095
Tak tau nk ckp ape....
Aku hanya mampu beristigfar je.....
Same2 la kte berdoa agr kejadian ini menginsafkn remaja ini. Dan menjadi pedoman dan tauladan kpd kte & yg lain2.
Semoga Allah sentiasa merahmati kita & melindungi kita dari segala perkara2 keji & mungkar....
Insha'Allah.....
29 November 2011
Lose Control.....
Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum w.h.t......
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kita masih berada diatas muka bumi ini utk meneruskn segala tanggungjawab yang telah diberikan kpd kita.
Makin harikan, makin bnyk berita2 yg macam tak masuk dek akal menghiasi dada khabar tempatan. Sbg coth berita muka depan Harian Metro hari nie. Seorang ibu berusia 75 tahun yang uzur dan lumpuh maut ‘disembelih’ anak lelakinya ketika dia tidur nyenyak di banglo di Taman Bukit Serdang, pagi semalam 28/11/2011.
http://www.hmetro.com.my/articles/Anakbunuhibulumpuh/Article
Macam mane la kn ahli keluarga yg lain leh tgglkn seorg saudara yg sakit mental atau ade sejarah sakit mental sendirian dgn ibu yg uzur mcm tue.
Tapi yela kan benda dh nk jadi, nak wat cmne. Kita ambillah berita nie sebagai pedoman utk diri kita.
Yang nie plak mmg btol2 gila & hilang pedoman btol. Pun dlm HArian Metro hari nie...
Ibu tanam mayat bayi baru lahir.
http://www.hmetro.com.my/articles/Ibutanammayatbayibarulahir/Article
DI SINI...tempat mayat bayi ditanam.
TAMPIN: Status kesihatan seorang ibu yang mencurigakan ketika dia menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM) membawa kepada penahanan wanita itu kerana disyaki menanam mayat bayi lelakinya yang lahir tidak cukup bulan di kawasan semak sekitar Jalan Batu Belang, dekat sini.
Difahamkan, suspek berusia 25 tahun pergi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada malam Jumaat lalu sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan jam 1 pagi kelmarin.
Alahai....
Aku xtau nk ckp ape dah. Kalo berita yg 1st td ok la sbb mslh mental. Tapi kalau nie mcm mne?
Btol2 dh makin ramai manusia yg dh ilang pedoman. Smpi mcm tu skali seseorg manusia tue bleh bertindak....
TAHAN...suspek dibawa dengan kenderaan polis.
Betapa pentingnya kita berdoa memohon kpd Allah agar melindungi kita bkn shj dr godaan & hasutan iblis malah juga dr manusia sndr.
Tapi jgn la masa susah je igt Dia tp masa senang juga. Masa susah kta mohon agar dipermudahkn segala urusan dan bila masa senang kta bersyukur kpdNya ats segala pertolongan yg tlh dikurniakn kpd kta.
Semoga kita smua mendapat rahmat & perlindungan dariNya. Dan juga dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan fizikal dan mental. Insha'Allah.
25 November 2011
Keep it steady....
Assalamualaikum w.h.t......
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi krn masih diberi peluang utk bernafas di alam ciptaanNya ini.
Kepada kawan2 yg sudi membaca entry saya nie, syukur juga krn kalian juga masih berkesempatan membaca entry nie.
Tidak dilupa kpd mereka2 yg tlh pergi terlebih dahulu mengadapNya...
Al-Fatihah buat mrk & semoga Allah memelihara mrk dr segala seksaan.
Agak lama aku tak mskkn entry baru. Idea tkde la. Tk tau nk share ape dgn korg smua.
Dua minggu direct nie hujung minggu ade 3 4 majlis perkahwinan yang akan aku hadiri. Kusut gak dibuatnye. Mana taknye, dah la tarikh sama pastu tempatnya plak satu utara satu selatan....
Tapi memikirkan kawan2 kan...
Tak pergi nanti apa pula katanya kan. Nanti majlis sendiri nnt org nk dtg pun berat hati....
Huhuhu
Bila difikirkan psl kawan2 nie, seronok plak rasa. Bila masa aku samapi nnt entah mcm mne la agaknya. Lepak dgn kawan2 yg nk nikah nie mmg sesi luahan perasaan la. Gugup la serabut la itu la ini la mcm2 la....
So kite nie pun mainkn la peranan sbg kwn sejati dgn menenangkn keadaan. Tapi sakat ttp sakat. Bkn slalu dpt peluang menyakat kwn2 dlm keadaan mcm nie. Hehehe
Tp sakatan tu hnyalah utk menghiburkn hati kwn2 yg sedang kusut tu. Tak boleh nk sakat lebih2 sgt. Kang nnt ble time aku smpi, mmg sesi balas dendam plak nnt. Hahahaha
Lagi 1 hal yg aku sakit kepala....
Hadiah ape la yg aku nk bg neh?
Tk best la jgk kn gi mjls kawin kwn2 dgn tangan kosong.....
Anyway, semoga mrk bahagia hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki dan dikurniakn zuriat yg baik.
Pada kwn2 yg blom tiba masanya lg mcm aku nie...
Keep it steady...
Insha'Allah ade rezeki nnt giliran kte pulak. Mgkn skang nie kte blom bersedia, sbb tu Dia xnmpkkn lg bayang2 kearah tu. Yela, kawin nie pun bkn sesuatu perkara yg mudahkn. Tanggungjawab besar menanti terutama bagi lelaki.
Apa2 pun semoga Allah merahmati kalian smua. Semoga Dia memberikan kesenangan & kebahagian kpd kita smua.
Insha'Allah.........
05 November 2011
Kisah Aidiladha.....
Assalamualaikum w.h.t.....
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
[sunting] Hari Raya Aidiladha dalam hadis
* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
*Sumber dari http://terataksejarah.blogspot.com/ Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
03 November 2011
Berarak mendung kelabu.....
Assalamualaikum w.h.t......
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Al-fatihah utk saudara2 seagama dgn kita yg telah terlebih dahulu pergi mengadapNya.
Alhamdulillah....
Masih bernafas lg kita hari ye??
;-)
Hari nie entry aku awal sikit. Sikit tak sikit sangat, boleh tahan la. Permulaan hari agak suram bagi kebanyakan masyarakat Malaysia terutama yang berada disekitar Sepang, Putrajaya & Cyberjaya. Mana tidaknya, pagi lagi dah mendung. Aku keluar rumah tadi pun dah hujan sikit. Almaklum la dah masuk 2 bulan terakhir nie kan, memang musim la. Semangat nak kerja pun suram je macam langit. Hehehehe
Tapi nak tak nak kena hadap jugalah. Takkan nak jadikan alasan untuk malas nak bekerja ye tak. Tanggungjawab tetap harus dilaksanakan. Amanah tetap harus dijalankan. Kalau tidak, baik tak payah kerja. betul tak??
Gaji nak tapi kerja malas nak buat. Apa laaa....(macam good2 je aku neh. Hahahaha)
Anyway, pejabat sejuk macam biasa. Selesema aku nie pun kejap ok kejap tak. Tekanan aku melayannya. Badan nie pula kejap ok kejap rasa macam tak sihat. Tapi selagi boleh bangun pagi nie, kira ok la kan. Kalo tak boleh nak bangun tu yang masalah tu.
Kesihatan memang nak kena jaga lagi - lagi dengan waktu sekarang dengan cuaca yang tak menentu nie. Leka sikit mula la nanti kena macam aku, selesema la batuk la demam la dan lain - lain penyakit yang disebabkan oleh cuaca.
Di berita pun sekarang nie sudah mula menyiarkan berita mengenai banjir. Satu lagi kejadian yang lazim terjadi ketika musim hujan nie. Jadi pada pembaca - pembaca yang berada dikawasan banjir tu berhati - hatilah. Jaga keselamatanh diri, keluarga dan harta benda anda. Sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan. (Cehhh...mcm cip pasukan Bomba plak)
Apa - apa pun, semoga anda semua berada dalam sejahtera. Semoga Allah s.w.t merahmati dan melindungi kalian semua. Insha'Allah.
Peace!!!!
29 October 2011
Suratan atau kebetulan..
Assalamualaikum w.h.t.
Lama tk wat entry kn? Idea kureng la geng. Huhuhu...
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi krn masih bernyawa n sihat lg. Harap anda smua pn sme.
Hidup nie kdg2 pelikkn? Kalo yg dirancang xjd tp yg tk dirancang plak yg mnjd. Suratan atau kebetulan ek?
Tp tu la kn...
God work is mysterious ways. Dh la tk sangka tjadi, menarik plak tu. Mgkn ape yg jd nie adlh anugerah Tuhan ats ape yg pnh jd kt aku sblm nie. Aku cume hrp agar smua nie berterusan smpi bila2.
Kesabaran aku selama nie aku rasakn spt dibalas. Alhamdulillah.
Aku btol terharu smpi xleh brenti tsenyum. Sakit dh pipi aku neh.
Ape2 pun, inilah kuasa Tuhan. KurniaanNya adlh utk smua. Cume kte jgn mengalah dr brusaha n jgn brenti berdoa. Insha'Allah setiap usaha n doa kte, pasti akn diberkati olehNya.
17 October 2011
Dimana hilangnya??
13 October 2011
Berani kerana benar. Takut kerana salah.
Eeeerm.....
Tu la kisah yg jadi hari nie. Kesian Mamat (bukan nama sebenar). Tkpe la bro, takde ape nyer tu. Semoga Allah merahmati dia. Berani kerana benar, takut kerana salah.
11 October 2011
Budi Setahun Segunung Intan.....
Budi Setahun Segunung Intan
Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman
Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra
Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba
Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan
10 October 2011
Dan Sebenarnya.....
07 October 2011
Kisah Penghulu segala hari.....
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita masih dapat bertemu dengan penghulu segala hari ini. Hari yang terdapat pelbagai cerita dan hikmah didalamnya. Berbagai - bagai kisah yang telah & akan berlaku pada hari Jumaat. Banyak juga sejarah - sejarah Islam yang telah berlaku pada hari Jumaat. Begitulah hebatnya hari Jumaat ini.
1. Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa
2. Nabi Yusuf dengan Zulaiha
3. Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib
4. Rasulullah saw dengan Khadijah
5. Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar
6. Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.“
“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya :
* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
(Sumber dari http://www.informasikini.com/sejarah-fadhilat-dan-kelebihan-hari-jumaat/# )Hebatkan hari Jumaat nie? Dari itu marilah kita sama - sama berusaha mendapatkn segala kelebihan yg ada dlm hari Jumaat ini. Semoga segala usaha kita yg ikhlas ini dirahmati & diberkati Allah. Kerana segala amal & ibadah kita hanyalah untukNya sahaja. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
06 October 2011
Fahamkah mereka???
05 October 2011
Gendang gendut tali kecapi.
03 October 2011
Berdua Bersatu
;-)
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Labbaik Allah Humma Labbaik....
Assalamualaikum w.h.t....
Sedar tak sedar, bermula dah musim haji utk tahun 1432H / 2011M.
"Bile la aku dapat pegi nie?"
01 October 2011
Sabtu datang lagi....
Yela, hari2 cuti mcm nie la nk jmpe BF/GF la kuar jenjln la, nak wat itu la ini laa....
Tapi bagi aku, tkde yg spesial sgt pn tiap2 hari Sabtu yg dtg. Sbb same je situasi je mcm Sabtu2 yg lps, melepak je kt umah.
Aku mmg kureng skit nk kuar siang2 nie kalo xde ape2 hal. Yela, dh terlalu lama duk kuar lpk time malam bulan mengambang. Mane taknye, time malam nie tenang skit. Kete tk banyak dan orang pon tk ramai. Kalo msk KL tue, xdela sesibuk mcm msk waktu siang. Dengan jem ape bagai.
Ini la sikit cerita aku ttg hari Sabtu. Tapi ape2 pun, aku tetap bersyukur pd Allah sbb sekurang - kurangnye aku masih lagi diberi peluang utk lpk2 pd hari Sabtu. Masih diberi peluang utk melakukan sesuatu. Alhamdulillah....