Followers

29 November 2011

Lose Control.....



Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum w.h.t......

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kita masih berada diatas muka bumi ini utk meneruskn segala tanggungjawab yang telah diberikan kpd kita.

Makin harikan, makin bnyk berita2 yg macam tak masuk dek akal menghiasi dada khabar tempatan. Sbg coth berita muka depan Harian Metro hari nie. Seorang ibu berusia 75 tahun yang uzur dan lumpuh maut ‘disembelih’ anak lelakinya ketika dia tidur nyenyak di banglo di Taman Bukit Serdang, pagi semalam 28/11/2011.
http://www.hmetro.com.my/articles/Anakbunuhibulumpuh/Article

Macam mane la kn ahli keluarga yg lain leh tgglkn seorg saudara yg sakit mental atau ade sejarah sakit mental sendirian dgn ibu yg uzur mcm tue.
Tapi yela kan benda dh nk jadi, nak wat cmne. Kita ambillah berita nie sebagai pedoman utk diri kita.

Yang nie plak mmg btol2 gila & hilang pedoman btol. Pun dlm HArian Metro hari nie...
Ibu tanam mayat bayi baru lahir.
http://www.hmetro.com.my/articles/Ibutanammayatbayibarulahir/Article


DI SINI...tempat mayat bayi ditanam.

TAMPIN: Status kesihatan seorang ibu yang mencurigakan ketika dia menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM) membawa kepada penahanan wanita itu kerana disyaki menanam mayat bayi lelakinya yang lahir tidak cukup bulan di kawasan semak sekitar Jalan Batu Belang, dekat sini.

Difahamkan, suspek berusia 25 tahun pergi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada malam Jumaat lalu sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan jam 1 pagi kelmarin.

Alahai....
Aku xtau nk ckp ape dah. Kalo berita yg 1st td ok la sbb mslh mental. Tapi kalau nie mcm mne?
Btol2 dh makin ramai manusia yg dh ilang pedoman. Smpi mcm tu skali seseorg manusia tue bleh bertindak....


TAHAN...suspek dibawa dengan kenderaan polis.

Betapa pentingnya kita berdoa memohon kpd Allah agar melindungi kita bkn shj dr godaan & hasutan iblis malah juga dr manusia sndr.
Tapi jgn la masa susah je igt Dia tp masa senang juga. Masa susah kta mohon agar dipermudahkn segala urusan dan bila masa senang kta bersyukur kpdNya ats segala pertolongan yg tlh dikurniakn kpd kta.
Semoga kita smua mendapat rahmat & perlindungan dariNya. Dan juga dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan fizikal dan mental. Insha'Allah.

25 November 2011

Keep it steady....

Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum w.h.t......

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi krn masih diberi peluang utk bernafas di alam ciptaanNya ini.
Kepada kawan2 yg sudi membaca entry saya nie, syukur juga krn kalian juga masih berkesempatan membaca entry nie.
Tidak dilupa kpd mereka2 yg tlh pergi terlebih dahulu mengadapNya...
Al-Fatihah buat mrk & semoga Allah memelihara mrk dr segala seksaan.
Agak lama aku tak mskkn entry baru. Idea tkde la. Tk tau nk share ape dgn korg smua.
Dua minggu direct nie hujung minggu ade 3 4 majlis perkahwinan yang akan aku hadiri. Kusut gak dibuatnye. Mana taknye, dah la tarikh sama pastu tempatnya plak satu utara satu selatan....
Tapi memikirkan kawan2 kan...
Tak pergi nanti apa pula katanya kan. Nanti majlis sendiri nnt org nk dtg pun berat hati....
Huhuhu
Bila difikirkan psl kawan2 nie, seronok plak rasa. Bila masa aku samapi nnt entah mcm mne la agaknya. Lepak dgn kawan2 yg nk nikah nie mmg sesi luahan perasaan la. Gugup la serabut la itu la ini la mcm2 la....
So kite nie pun mainkn la peranan sbg kwn sejati dgn menenangkn keadaan. Tapi sakat ttp sakat. Bkn slalu dpt peluang menyakat kwn2 dlm keadaan mcm nie. Hehehe
Tp sakatan tu hnyalah utk menghiburkn hati kwn2 yg sedang kusut tu. Tak boleh nk sakat lebih2 sgt. Kang nnt ble time aku smpi, mmg sesi balas dendam plak nnt. Hahahaha
Lagi 1 hal yg aku sakit kepala....
Hadiah ape la yg aku nk bg neh?
Tk best la jgk kn gi mjls kawin kwn2 dgn tangan kosong.....
Anyway, semoga mrk bahagia hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki dan dikurniakn zuriat yg baik.
Pada kwn2 yg blom tiba masanya lg mcm aku nie...
Keep it steady...
Insha'Allah ade rezeki nnt giliran kte pulak. Mgkn skang nie kte blom bersedia, sbb tu Dia xnmpkkn lg bayang2 kearah tu. Yela, kawin nie pun bkn sesuatu perkara yg mudahkn. Tanggungjawab besar menanti terutama bagi lelaki.
Apa2 pun semoga Allah merahmati kalian smua. Semoga Dia memberikan kesenangan & kebahagian kpd kita smua.
Insha'Allah.........

05 November 2011

Kisah Aidiladha.....

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum w.h.t.....

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

[sunting] Hari Raya Aidiladha dalam hadis

* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
* Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

*Sumber dari http://terataksejarah.blogspot.com/ Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

03 November 2011

Berarak mendung kelabu.....

Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum w.h.t......

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Al-fatihah utk saudara2 seagama dgn kita yg telah terlebih dahulu pergi mengadapNya.
Alhamdulillah....
Masih bernafas lg kita hari ye??
;-)
Hari nie entry aku awal sikit. Sikit tak sikit sangat, boleh tahan la. Permulaan hari agak suram bagi kebanyakan masyarakat Malaysia terutama yang berada disekitar Sepang, Putrajaya & Cyberjaya. Mana tidaknya, pagi lagi dah mendung. Aku keluar rumah tadi pun dah hujan sikit. Almaklum la dah masuk 2 bulan terakhir nie kan, memang musim la. Semangat nak kerja pun suram je macam langit. Hehehehe
Tapi nak tak nak kena hadap jugalah. Takkan nak jadikan alasan untuk malas nak bekerja ye tak. Tanggungjawab tetap harus dilaksanakan. Amanah tetap harus dijalankan. Kalau tidak, baik tak payah kerja. betul tak??
Gaji nak tapi kerja malas nak buat. Apa laaa....(macam good2 je aku neh. Hahahaha)
Anyway, pejabat sejuk macam biasa. Selesema aku nie pun kejap ok kejap tak. Tekanan aku melayannya. Badan nie pula kejap ok kejap rasa macam tak sihat. Tapi selagi boleh bangun pagi nie, kira ok la kan. Kalo tak boleh nak bangun tu yang masalah tu.
Kesihatan memang nak kena jaga lagi - lagi dengan waktu sekarang dengan cuaca yang tak menentu nie. Leka sikit mula la nanti kena macam aku, selesema la batuk la demam la dan lain - lain penyakit yang disebabkan oleh cuaca.
Di berita pun sekarang nie sudah mula menyiarkan berita mengenai banjir. Satu lagi kejadian yang lazim terjadi ketika musim hujan nie. Jadi pada pembaca - pembaca yang berada dikawasan banjir tu berhati - hatilah. Jaga keselamatanh diri, keluarga dan harta benda anda. Sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan. (Cehhh...mcm cip pasukan Bomba plak)
Apa - apa pun, semoga anda semua berada dalam sejahtera. Semoga Allah s.w.t merahmati dan melindungi kalian semua. Insha'Allah.
Peace!!!!