Followers

29 September 2011

Gagal.....

Ape itu GAGAL?
Kenapa manusia biasanye akan tension, sedih, stress atau kecewa bila berhadapan dgn KEGAGALAN?
GAGAL itu sebenarnya adalah satu pembelajaran dimana setiap mahkluk yg dipanggil manusia akan memhadapi pembelajaran ini sama ada suka atau pun tidak.
Saya pernah menghadapi KEGAGALAN dlm hidup ttp akhirnya berjaya bangkit utk meneruskan perjuangan didalam hidup ini yang masih panjang.
Kenapa perlu takut utk GAGAL?
Jgn takut kerana setiap KEGAGALAN yg kita hadapi itu pasti ada hikmahnya dan yg paling penting, KEGAGALAN itu pastinya akan menjadikan diri kita insan yang lebih hebat dari sebelumnya.
Jadilah insan yang tidak takut utk menhadapi KEGAGALAN krn mereka yg pernah GAGAL itu adalah lebih baik dr mereka yg tidak pernah GAGAL.
INGATLAH, TIADA KEJAYAAN TANPA KEGAGALAN.

Dah lama aku tak menaip...

Dimulakan dengan Assalamualaikum semoga kita semua mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.

Dah lama betul aku tak menaip panjang - panjang macam ni. Kalau ada menaip pun di Facebook. Itu pun tak adalah panjang mana pun. Baik sajakan aku menaip ikut dan gunakan perkataan yang betul. Tidak ada singkatan seperti mcm, yg, n, dan lain - lain.
Sekali sekala kita perlu menggunakan perkataan - perkataan yang penuh seperti ini. Agar kita tidak terlalu fokus dengan penggunaan perkataan singkatan.
Masakan tidak, bagaimana jika kita perlu menaip atau menulis surat rasmi? Tidak mustahil kita akan terguna perkataan - perkataan singkatan tersebut terutama perkataan yang mudah seperti yg, spt, coth dan sebagainya.
Tidaklah saya kata susunan ayat pun perlu seperti ayat dalam karangan peperiksaan. Boleh juga ayat - ayat kita seperti biasa yang kita tuturkan bersama rakan - rakan, cuma perkataan - perkataan yang kita gunakan itu digunakan dengan ejaan penuhnya.
Sebagai contoh, Aku boleh saja bercakap atau menaip macam dalam Facebook atau SMS. Tetapi tidak mengunakan perkataan singkatan. Mungkin kalau dalam SMS itu perlu kerana untuk menjimatkan ruang. Aku pun selalu juga guna perkataan singkatan terutama dalam SMS. Cuma sekali sekala, gunakanlah perkataan penuh agar kita tidak terlupa ejaannya. Kadang - kadang terlalu guna perkataan singakat, sampai lupa bagaimana ejaan penuh perkataan itu. Contoh macam TANGGUNGJAWAB. Jika disingkatkan menjadi TGGJWB dan masalah yang sering terjadi kita sering keliru sama ada ejaan penuhnya TANGUNGJAWAB atau TANGGUNGJAWAB. Sama ada 2 G atau 1 G sahaja dalam perkataan tanggung itu.

Itu sajalah yang aku nak merapu. Sama - sama kita belajar agar kita sama - sama tidak lupa.
Seperti kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee didalam filem Bujang Lapuk...
"Bahasa Menunjukkan Bangsa"
;-)