Followers

29 October 2011

Suratan atau kebetulan..

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.h.t.

Lama tk wat entry kn? Idea kureng la geng. Huhuhu...
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi krn masih bernyawa n sihat lg. Harap anda smua pn sme.
Hidup nie kdg2 pelikkn? Kalo yg dirancang xjd tp yg tk dirancang plak yg mnjd. Suratan atau kebetulan ek?
Tp tu la kn...
God work is mysterious ways. Dh la tk sangka tjadi, menarik plak tu. Mgkn ape yg jd nie adlh anugerah Tuhan ats ape yg pnh jd kt aku sblm nie. Aku cume hrp agar smua nie berterusan smpi bila2.
Kesabaran aku selama nie aku rasakn spt dibalas. Alhamdulillah.
Aku btol terharu smpi xleh brenti tsenyum. Sakit dh pipi aku neh.
Ape2 pun, inilah kuasa Tuhan. KurniaanNya adlh utk smua. Cume kte jgn mengalah dr brusaha n jgn brenti berdoa. Insha'Allah setiap usaha n doa kte, pasti akn diberkati olehNya.

17 October 2011

Dimana hilangnya??

Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum w.h.t......

Semoga anda semua sihat sejahtera dibawah lindungan rahmat Allah s.w.t
Sentiasa dikurniakan dgn kebahagian & kesihatan badan & minda.
Malam nie aku sayu sgt bile aku tgk berita pembukaan Buletin Uama TV3. 2 berita yang mmg tak boleh diterima akal. Tapi tu la, aku xtau nak cakap ape dah. Tak tau mana silapnya & mana hilangnya akal, keperihatinan dan kewarasan manusia sekarang nie.
Berita pertama psl kejadian di China yg terjadi pd hari Khamis 13 Okt 2011 yg lepas. Seorg kanak - kanak lelaki dilanggar & digilis oleh sebuah van di sebuah pasar. Video mengenainya ada dimuat naik di Youtube tp ade kwn ckp dh kene remove dh. Selepas dilanggar & digilis dgn tayar dpn, van td trus jalan & mengilis bdk td dgn tayar belakang pula. Pada pandangan aku, pemandu van tu tk prasan ape yg dia langgar dan dia pula agaknya malas nk brenti tgk ape yg dia lggr. Tapi yg paling sedih sgt2 tu, 18 org lalu dgn lorong tu tp xde sorg pun yg peduli dgn budak tu.
Mmg tk logik akal kalo bdk tu tk kelihatan mcm manusia. Lepas tu sebuah lg van kalo tk silap langgar gk bdk tu. Mcm bdk tu bangkai binatang. Mmg btol2 sayu. Akhirnya ade seorg tukang cuci yg perasan tp dia pun hanya mengalihkan bdk tu ketepi. Tk lama lepas tu br la bdk tu dijumpai oleh ibunya. Tapi budak tu dh pun terkulai tak sedarkn diri. Menurut berita, bdk tu skang dlm keadaan koma & kritikal.
Itu di China. Berita kedua plak terjadi kt negara kita. Aku lupa plak kt ne. Cte nie terjadi kt sebuah sekolah berasrama. Cte psl seorg pelajar tingkatan 4 yg tergamak mengelar anaknya sndr yg tak smpi 24 jam dilahirkan. Kejadian berlaku di asrama skolah. Mayat bayi malang tu dijumpai kt sebelah katil dlm asrama dan pisau yg digunakan dijumpai dibawah selimut.
Tergamam aku kejap tgk berita2 nie td. Aku tak faham sgt2. Bingung aku kejap memikirkn psl berita td. Ok la, psl bdk skolah tu mgkn sbb die tekanan dgn kelahiran tu. Yela, sah2 ank luar nikah. Tapi xtau la kn sbb hubungan dgn pakwe ke kene rogol ke. Tak berani nk komen lebih.
Tapi yg paling tak bleh diterima akal kes kt China nie. Aku btol2 tk tau nk ckp apa. Apa sbb 18 org tu bleh wat tk tau je? Bdk tu tk nmpk mcm manusia ke?
Aku btol2 bingung.
Aku berdoa semoga kejadian2 bg aku kejam mcm nie tk jadi kt Malaysia kita nie. Cukup la dgn kes2 buang bayi, rogol dan mcm2 lg kes yg tak selesai2 tu. Semoga Allah trus mengurniakn kewarasan, kesejahteraan dan hidayahNya dlm diri kita.
Insha'Allah

13 October 2011

Berani kerana benar. Takut kerana salah.

Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum w.h.t.......

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kita masih bersama lagi diatas muka bumi Allah yg indah ini.
Masih bernafas dan masih bleh menjalankan tanggungjawab yg tlh diamanahkn.
Hari mcm biasa aku ke pejabat. Menunggang kuda Lagenda biru mengejarkn masa nak "clock in" sblm jam 8 pagi. Alhamdulillah, smpi tepat pada masanya. Selepas parking motor, aku pun tnpa berlengah naik ke pejabat. Rilex2 jap smbl tgu komputer baru aku loading. (Hehehe)
Senang cite, segalanya bermula mcm biasa. Takde apa yg pelik & berbeza.
Jam menunjukkn hampir 9.30 am. Aku dh mula lapar sbb belum breakfast lg. Aku pun mula bersuara mengutarakn cadangan pada kawan2 utk pergi breakfast. Tapi aku diminta tgu sebentar.
Tiba2 sebuah troli & 2 tong hitam diletakan belakang aku. Aku pun bertanya, "Ape kejadahnye nak buat dgn tong neh?" Bila ditengok kedalam tong tadi, ada pula botol2 kecil bertutup kuning yg agak bnyk didalamnya. Oooo....rupenye hari nie ada nak buat ujian air kencing atau "urine test" utk kakitangan tempat aku keje neh. Pada mulanya aku malas nak amik port, skali aku diminta utk berikn pertolongan dgn menghantar tong2 tadi ke tingkat atas. Sampai je diatas, aku pun trus letak tong2 tu di belakang, berhampiran dgn tandas. Dan tak pasal2 juga, aku jadi urusetia tuk program ini. (Hampeh).
Tak lama selepas itu, pihak AADK yg akan menjalankn ujian pun sampai. Elok je dorg sampai, mana2 staff yg dipanggil utk mnjalankn ujian nie, mula datang. Skali dtg ramai2 plak tu, so keadaan jadi kelam kabut kejap tapi lepas tu keadaan kembali terkawal. So ujian pun bermula dgn staff menulis nama pada helaian kertas yg tlh disediakan dan kemudian mrk mula mengisi botol2 kecil bertutup kuning tadi dgn urinal mrk. Dan tak pasal2 plak, aku kene jaga kt toilet. Tapi bkn kt dlm, kt dlm pegawai dr AADK yg jaga. Aku jaga kt luar je utk memastikan mrk masuk mengikut giliran mrk. Lepas sorg2 msk ke dlm toilet. Selepas selesai mengisi botol kecil tadi, mrk beratur pula utk mengggu giliran utk diuji urinal mrk. Aku & kwn aku igt tahun nie takde urinal yg ditahan sbb ramai yg diserahkn semula botol kecil td & mrk disuruh utk membuang urinal didlm botol tue. Kalau dh disuruh buang tu maknanya negatif la.
Tetapi sangkaan kami meleset, ada plak 2 botol urinal yg ditahan. Alamak.....
Tapi bukanlah sbb mrk nie ada amik dadah. Selepas ditanya, mrk sebnrnya ada mengambil ubat-ubatan dan mgkn ubat-ubatan itu mengandungi bahan yg membuatkn ujian urinal mrk positif.
Tapi tu la kan, walaupun tau tak amik benda2 haram tue, bila dh kene mcm tu, kalau aku pun aku jadi tak keruan kejap. Mcm tu la yg dialami sorg kwn pejabat aku neh. Yang sorg ok sbb dia tau positif tu msti kesan dr mengambil ubat-ubatan tapi yg sorg lg neh, kacau jiwa kwn nie kejap. Aku plak jahat2 nakal mengusik-usik dia. Saja je nak menyakat. Tapi makin lama aku tgk, dia makin mcm xsenang duduk. Aku pun rase bersalah cuba tenangkn dia. Aku cakap, "Kalo tkde amik, nak risau ape. Ko pun ckp ade amik ubat gastrik & ubat2 lain kan? Nak risau ape. "
Tu la antara ayat2 aku nk tenangkn dia. Pegawai2 AADK tu pun ckp benda yg lbh kurang sama.
Tapi last skali kwn aku nie ckp kt aku, "Aku risau org pandang aku je Deen. Kang yg bukan2 org ckp nnt." Aku terkedu jap. Ada logik gak apa yg dia ckp tu. Adat org kte, blom ape2 cite dh sampai tah kemane2. Aku pun ckp lg kt die, "Rilex la. Tkde apenye. Org pun leh tgk ko amik ke tdk. Kalo dh tgk sihat je, org tau ko xde amik benda2 tu."
Tapi tu la, die ttp resah. Sape2 pun akn resah, lagi2 keje sbg kakitangan kerajaan nie. Benda2 mcm nie mmg diambil serius oleh pihak atasan.
Eeeerm.....
Tu la kisah yg jadi hari nie. Kesian Mamat (bukan nama sebenar). Tkpe la bro, takde ape nyer tu. Semoga Allah merahmati dia. Berani kerana benar, takut kerana salah.

11 October 2011

Budi Setahun Segunung Intan.....

Bismillahirahmanirahim......
Assalamualaikum w.h.t......
Hari ini Malaysia dikejutkn dgn pemergian sebutir bintang seni ke rahmatullah pada pagi td kire2 jam 9.19am.
Beliau ialah Datuk Ahmad Jais. Seorang veteran dlm arena seni suara yg amat terkenal dari dulu hingga kini. Pemergian beliau pastinya amat dirasa oleh setiap lapisan masyarakat terutama peminat lagu2 evergreen. Aku nie bkn la seorg peminat Allahyarham yg besar. Tapi aku minat juga skali skala mendengar lagu2 dendang Allahyarham. Paling aku minat lagu Budi Setahun Segunung Intan yg didendang bersama Kartina Dahari. Entry aku hari nie, nak share dgn korg lirik lagu nie.
Semoga Allah merahmati roh beliau & ditempatkn bersama - sama org2 yg beriman. Insha'Allah.

Budi Setahun Segunung Intan

Datuk Ahmad Jais & Kartina Dahari.

Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

10 October 2011

Dan Sebenarnya.....

Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum w.h.t......

Haaa.....
Ini entry utk hari nie. Seperti tajuk diatas, sebenarnya aku xtau nk cite psl ape. Saje je wat cukup syarat ade wat entry hari nie. Hehehehe
Isnin datang lagi mcm biasa. Alhamdulillah sekali lagi dikurniakn Allah peluang utk berada diatas muka bumi ini. Jgn dok sibuk2 Monday Blues la Blues Gang la ape bagai sampai lupe utk menadah tangan seketika dan mengucapkan syukur kepadaNya.
Sperti biasa juga kalo dh Isnin nie, yg keje, pegi keje dan yg blaja, pegi kelas. Yang melepak je kt umah tu, lepak je la. Ibu2 yg menjadi suri rumah sepenuh masa pula sibuk dgn keje2 mrk. Memasak, mengemas, membasuh dan sebagainya.
Itu la.....
Masing2 ade kerja dan tanggungjawab masing2. Semuanya berusaha utk berikan yg terbaik dlm apa jua yg dilakukan. Tak suka mcm mane pun, tetap hadap jugak. Tu la bila dah ade tanggungjawab, mcm mane susah pun tetap harus dilaksanakn juga. Bak kate org sekarang, "Tadah je laaa"
Walau bagaimanapun, apa jua yang datang janganlah kita mengalah dan terlalu merungut. Lakukanlah dgn sebaik mungkin dan dgn seihklas hati. Jika takde org yang menghargai, tidak apa. Sesungguhnya Allah melihat setiap apa yg kita lakukan dan jika kita lakukn dgn ikhlas, nescaya akan ada ganjaran dariNya.....
Insha'Allah......

07 October 2011

Kisah Penghulu segala hari.....

Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum w.h.t.....

Selawat & salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga & para sahabat Baginda.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita masih dapat bertemu dengan penghulu segala hari ini. Hari yang terdapat pelbagai cerita dan hikmah didalamnya. Berbagai - bagai kisah yang telah & akan berlaku pada hari Jumaat. Banyak juga sejarah - sejarah Islam yang telah berlaku pada hari Jumaat. Begitulah hebatnya hari Jumaat ini.
Antara kisah yang pernah berlaku di hari yang penuh rahmat ini adalah:

1. Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa
2. Nabi Yusuf dengan Zulaiha
3. Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib
4. Rasulullah saw dengan Khadijah
5. Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar
6. Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya :

* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

(Sumber dari http://www.informasikini.com/sejarah-fadhilat-dan-kelebihan-hari-jumaat/# )


Hebatkan hari Jumaat nie? Dari itu marilah kita sama - sama berusaha mendapatkn segala kelebihan yg ada dlm hari Jumaat ini. Semoga segala usaha kita yg ikhlas ini dirahmati & diberkati Allah. Kerana segala amal & ibadah kita hanyalah untukNya sahaja. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

06 October 2011

Fahamkah mereka???

Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum w.h.t.....

Semoga kalian smua berada dlm keadaan sihat sejahtera dibawah lindungan rahmat Allah s.w.t.
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, kite msh diberi peluang lg untuk bernafas diatas muka bumiNya ini. Msh lagi diberi peluang utk beribadat & berbakti kepada keluarga, agama & negara.
Entry aku kali aku nak sentuh skit pasal kenyataan - kenyataan atau statement - statement yang slalu dikongsikan dilaman - laman sosial mcm Facebook. Terutama statement mengenai wanita.
Selalu sangat aku baca statement yg dikongsikan di "wall" facebook mengenai topik kenali wanita.
Kadang - kadang, bukan kadang - kadang tapi slalu aku terfikir, apakah lelaki langsung tidak mengenali wanita? Jahil sangatkah kami golongan Adam nie mengenai wanita?
Jarang - jarang sekali aku baca statement psl lelaki kt "wall" FB aku. Cerita - cerita mengenai lelaki. Kalo ade pun, mesti psl keburukan lelaki.
Jika wanita menyuruh lelaki mengenali wahita, nie plak soalan aku. Adakah wanita mengenali lelaki? Adakah mereka tahu semua mengenai lelaki? Kalo ade yang jawab pun msti ckp "Smua lelaki same je. Suke mainkn perempuan."
Walaupun kita berlainan jantina & naluri, sedarlah bahawa setiap manusia tue same je. Jangan tengok kes - kes lelaki mempermainkan perempuan je, tengok jugalah kes - kes perempuan mempermainkan lelaki. Bukan takde kes perempuan mainkan lelaki, kikis duit lelaki dan sebagainya. Lelaki - lelaki ini pula bukanlah lelaki yang jahat, tapi tetap menjadi mangsa. Ape kes?? Hehehe
Wanita juga kena tahu bahawasanya lelaki juga ada beban yang harus dibawa. Jika wanita rasa lelaki tidak tahu mengenai susah senang seorg wanita, ketahuilah bahawa wanita juga tidak tahu mengenai susah senang seorg lelaki. Jika wanita menyatakan bahawa tidak mudah menjadi seorg wanita, ketahuilah bahawa menjadi lelaki juga tidak mudah. Cabaran hidup kami tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Amat berat tanggungjawab yang berada dibahu seorg lelaki untuk dipikul terutama yang sudah menpunyai keluarga. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil & Maha Bijaksana. Setiap ciptaannya mempunyai kelebihan & kekurangan. Sebab itu, setiap satu ciptaanNya memerlukan yang lain utk hidup.
So ape yang aku nk sampaikan disini....
Janganlah terlalu menghukum hanya kerana sorang yg wat hal. Ramai lagi lelaki yg baik dan yang ikhlas utk berkawan dan ikhlas utk menerima seorg wanita dlm hidupnya. Sama juga dengan lelaki, kami juga percaya ramai lagi wanita yang baik & ikhlas dlm sesuatu perhubungan.
Jadi, kenalilah juga kaum lelaki nie. Jangan hnya mengharap utk lelaki mengenali wanita. Sama - samalah kita kenal mengenali. Tak kenal maka tak cintakan?
;-)

05 October 2011

Gendang gendut tali kecapi.

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum....

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Hehehehe
Itu la pantun 2 kerat yang mengambarkan keadaan aku masa buat entry nie. Baru lps breakfast la katakan. Hehehehe....
Tapi itu la...Ble dh makan nie masalah lain pulak yang dtg. Mengantuk. Tapi mcm mana skali pun, aku kena sabar menahan rasa mengantuk nie. Masa belum time, nnt kul 1 br leh lelapkan mata kejap.
Semalam aku sekali lagi menduduki peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengesahan jawatan. Ini kali kedua aku exam lepas tak lulus pada exam yang lepas. Tapi 1 kertas je. Bahagian C Perintah Am. Yang tak best tu, semalam exam kelmarin aku baru teringat. Itu pun nasib baik wife officemate aku tanye "Ko tak exam ke Deen?". Kelam kabut aku dibuatnya. Nak study pun tak boleh nak fokus sangat. Belek2 je la nota apa yang aku ada.
So aku pergi exam semalam dengan harapan yang sangat2 meninggi iaitu jawapan yang aku bakal "tembak" nnt akan memihak pada aku. Nak buat mcm mana dah, memang tak boleh nak study sangat. Baca nota takat mana yang mampu la. So sekarang nie aku tawakal je la semoga aku tak perlu nak repeat lagi utk kali yg ke 3.
Semoga nasib yang baik memihak kepada aku, Insha'Allah. Kalau tak, pasrah je la. Aku redha. Huhuhuhu.....


03 October 2011

Berdua Bersatu

Kebelakangan nie suke btol aku dgn lagu nyanyian Forteen neh. Sungguh layan ble didengar.
Disini aku nak share dgn kalian liriknya....
;-)

Lagu: Berdua Bersatu
Nyanyian: Forteen


Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Labbaik Allah Humma Labbaik....

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.h.t....

Sedar tak sedar, bermula dah musim haji utk tahun 1432H / 2011M.
Sekali lagi Kaabah dan Masjid Nabawi menerima kehadiran berjuta - juta umat manusia yang ingin menjalankan ibadah rukun Islam yang kelima. Selain mencari keredhaan dan keampunan Allah s.w.t di Tanah Haram dihadapan kiblat umat islam seluruh dunia. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.
Tahniah pada yang terpilih utk menjalankan ibadah ini. Aku mendengar khabar, difahamkan tahun ini jumlah jemaah meningkat dan cuaca di Arab Saudi juga dikatakan agak panas. Semoga semua jemaah tabah & sabar dalam menjalanakn ibadat disana.
Seperti juga pada tahun - tahun lepas, tiap kali datang musim haji nie akan tertimbul jugalah soalan nie didalam kepala aku....
"Bile la aku dapat pegi nie?"
Semakin lama, semakin kuat soalan tu bermain dalam kepala aku. Sekarang nie pon aku tgh fikirkn soalan tu. Tapi tu laa...boleh fikir soalan je, jawapannya tah bile plak. Huhuhu
Memang aku teringin sangat - sangat nak jejak kaki kesana. Tak dapat buat haji, umrah je pun jadi la. Asalkan aku dapat tengok sendiri Kaabah dengan mata kepala aku. Aku dah bosan asyik dengar cite orang je. Lagi - lagi kalo mak aku yang bercerita. Aku nak sangat merasa dan menatap sendiri keindahan & kecantikan Kaabah yang menjadi kebanggaan setiap hamba Allah & umat Muhammad.
Aku cemburu sangat bile tgk ade yg sebaya aku atau yang lagi muda dari aku dah sampai kesana. Walaupun hanya sekadar buat umrah & ziarah. Pada usia muda, mereka dah berpeluang beribadat disana. Dan yang paling best tu, berpeluang menziarah makam kekasih Allah rasul sekalian umat manusia, Rasulullah s.a.w Nabi Muhammad selain makam ahli keluarga serta para sahabat baginda. Itu la yg aku paling nak sangat - sangat selain duduk dan sujud dihadapan Kaabah.
Tapi tu la...Rezeki belum ada lagi untuk aku sampai kesana. Mungkin sekarang belum masanya untuk aku kesana. Mungkin Dia tahu yang aku belum bersedia utk kesana. Tapi aku bermohon sangat - sangat yang aku berpeluang kesana sebelum aku dipanggil utk kembali mengadap Dia. Sekali pun cukup dah, itu pun aku dh bersyukur sangat.
Semoga Allah memperkenankan permintaan aku & semua yang memasang impian sama macam aku nie.
;-)

01 October 2011

Sabtu datang lagi....

Jika kebanyakkan org xsabar tgu hari Sabtu...
Yela, hari2 cuti mcm nie la nk jmpe BF/GF la kuar jenjln la, nak wat itu la ini laa....
Tapi bagi aku, tkde yg spesial sgt pn tiap2 hari Sabtu yg dtg. Sbb same je situasi je mcm Sabtu2 yg lps, melepak je kt umah.
Nie la nasib orang single mcm aku (huwahaha).
Tapi pun kan....
Aku mmg kureng skit nk kuar siang2 nie kalo xde ape2 hal. Yela, dh terlalu lama duk kuar lpk time malam bulan mengambang. Mane taknye, time malam nie tenang skit. Kete tk banyak dan orang pon tk ramai. Kalo msk KL tue, xdela sesibuk mcm msk waktu siang. Dengan jem ape bagai.
Aku sendiri pn dh tak ingat ble kali terakhir aku msk KL waktu siang. Kebanyakkan masa aku msk waktu malam. Lain tkde lepak kat Dataran Merdeka.
Kalo ade pn aku kuar siang, lain tmpt xde yang aku akan pegi. Mesti gi jalan2 kt Mine's tak pun yng paling dekat, Alamanda. Jalan sorg2 layan perasaan, tu je la. Tapi jarang2 sgt dah aku kuar skang. Oo ye, 1 lagi tmpt aku akan pegi kalo ade kuar siang Sabtu, bengkel Protouch kt Sg.Merab. Huhuhu....
Ini la sikit cerita aku ttg hari Sabtu. Tapi ape2 pun, aku tetap bersyukur pd Allah sbb sekurang - kurangnye aku masih lagi diberi peluang utk lpk2 pd hari Sabtu. Masih diberi peluang utk melakukan sesuatu. Alhamdulillah....