Followers

06 October 2011

Fahamkah mereka???

Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum w.h.t.....

Semoga kalian smua berada dlm keadaan sihat sejahtera dibawah lindungan rahmat Allah s.w.t.
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, kite msh diberi peluang lg untuk bernafas diatas muka bumiNya ini. Msh lagi diberi peluang utk beribadat & berbakti kepada keluarga, agama & negara.
Entry aku kali aku nak sentuh skit pasal kenyataan - kenyataan atau statement - statement yang slalu dikongsikan dilaman - laman sosial mcm Facebook. Terutama statement mengenai wanita.
Selalu sangat aku baca statement yg dikongsikan di "wall" facebook mengenai topik kenali wanita.
Kadang - kadang, bukan kadang - kadang tapi slalu aku terfikir, apakah lelaki langsung tidak mengenali wanita? Jahil sangatkah kami golongan Adam nie mengenai wanita?
Jarang - jarang sekali aku baca statement psl lelaki kt "wall" FB aku. Cerita - cerita mengenai lelaki. Kalo ade pun, mesti psl keburukan lelaki.
Jika wanita menyuruh lelaki mengenali wahita, nie plak soalan aku. Adakah wanita mengenali lelaki? Adakah mereka tahu semua mengenai lelaki? Kalo ade yang jawab pun msti ckp "Smua lelaki same je. Suke mainkn perempuan."
Walaupun kita berlainan jantina & naluri, sedarlah bahawa setiap manusia tue same je. Jangan tengok kes - kes lelaki mempermainkan perempuan je, tengok jugalah kes - kes perempuan mempermainkan lelaki. Bukan takde kes perempuan mainkan lelaki, kikis duit lelaki dan sebagainya. Lelaki - lelaki ini pula bukanlah lelaki yang jahat, tapi tetap menjadi mangsa. Ape kes?? Hehehe
Wanita juga kena tahu bahawasanya lelaki juga ada beban yang harus dibawa. Jika wanita rasa lelaki tidak tahu mengenai susah senang seorg wanita, ketahuilah bahawa wanita juga tidak tahu mengenai susah senang seorg lelaki. Jika wanita menyatakan bahawa tidak mudah menjadi seorg wanita, ketahuilah bahawa menjadi lelaki juga tidak mudah. Cabaran hidup kami tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Amat berat tanggungjawab yang berada dibahu seorg lelaki untuk dipikul terutama yang sudah menpunyai keluarga. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil & Maha Bijaksana. Setiap ciptaannya mempunyai kelebihan & kekurangan. Sebab itu, setiap satu ciptaanNya memerlukan yang lain utk hidup.
So ape yang aku nk sampaikan disini....
Janganlah terlalu menghukum hanya kerana sorang yg wat hal. Ramai lagi lelaki yg baik dan yang ikhlas utk berkawan dan ikhlas utk menerima seorg wanita dlm hidupnya. Sama juga dengan lelaki, kami juga percaya ramai lagi wanita yang baik & ikhlas dlm sesuatu perhubungan.
Jadi, kenalilah juga kaum lelaki nie. Jangan hnya mengharap utk lelaki mengenali wanita. Sama - samalah kita kenal mengenali. Tak kenal maka tak cintakan?
;-)

No comments: