Followers

13 February 2012

4 days left and counting.....

Assalamualaikum w.h.t..... Alhamdulillahirabbil'alamin syukur kehadrat Allah Yang Maha Esa diatas rahmatNya keatas diri kita. Selamat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta sahabat - sahabat Baginda. Semoga semua kawan2 terutama yg view blog aku nie berada didalam keadaan sihat & selamat. Masih bersemangar meneruskan kehidupan seharian walaupun melakukan perkara yg sama setiap hari. Tinggal kurang lebih 4 hari lg sebelum aku memulakn perjalanan yg bagi aku cukup bermakna dlm hidup aku. Bak kata abah aku, "perjalanan yang luar biasa." Semakin hari aku rasa semakin gementar utk melakukan perjalanan nie. Bukan gementar takut, tapi gementer utk menjejakkan kaki kesana buat pertama kali dlm tempoh 25 tahun aku hidup. Aku tak tahu nak menjangkakan apa. Walau pun ade beberapa orang yang dah berpengalaman menjalani perjalanan ini, mengkongsikan cerita2 mereka kpd aku, tapi ia tetap tak memeberikan sebarang kesan pada diri aku. Aku masih berfikir bagaimana aku disana nanti. Aku sudah mula utk meninggalkn semua perkara disini. 1 pun aku tk bawa kesana kecuali dosa & kesalahan aku. Aku nak bawa sbb aku nak smua tu dihapuskn disana nnt. Semoga Allah merahmati diri aku & usaha aku ini. Kawan2 pun ade dh mula yang nk kirim doa & hajat. Mcm2 doa & hajat dorg mntk aku sampaikn. Insha'Allah aku akn cube igt smuanya. Tapi jangan risau, dengan izinNya aku akan doakn smua org nnt. Doakan segala kebaikan & kebahagian didunia & diakhirat kelak. Aku masih tk percaya yang aku akn kesana. Selama nie kalo kte solat hanya membayangkn kiblat itu ada didepan mata, tetapi Alhamdulillah aku diberi peluang utk melihat kiblat seluruh umat Muhammad secara depan. Tak perlu membayangkn lagi. Subhanallah...... Aku terasa amat bertuah dilahirkn sebagai umat Muhammad & penganut Islam. Tetiba terasa mcm nie. Kebelakangan nie pun kalo bercerita mengenai agama, aku mcm emosional skit. Tapi xdela tunjuk kt org, aku pendamkn je. Aku tau aku bukan umatnya yg sempurna, tapi aku sentiasa berusaha utk jd yg terbaik. Sentiasa memohon keredhaan dariNya. Persiapan akhir semakin selesai. Hanya beberapa brg je lg yg aku perlukn. Rohani & jasmani pn aku rse dh sedia. Rasanye laaa.... Ape pun, aku berserah smuanya pada Dia. Segala kebaikan aku di muka bumiNya ini. Mengharapkn yang terbaik utk smua perkara. Permulaan & pengakhiran yang baik. Semoga Dia merestui segala usaha. Insha'Allah.....

08 February 2012

Febuari Yang Mencabar.....

Assalamualaikum w.h.t..... Segala puji bagi Allah yang menciptakan seluruh alam semesta ini, yang memiliki segala yang di langit dan di bumi. Selawat & salam buat junjungan Rasulullah s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur padaNya krn kita masih bernafas & masih bernyawa. Masih boleh meneruskn hidup & masih berpeluang memperbaiki diri serta memperbanyakkn ibadat. Febuari 2012.... Bulan yg paling mencabar bg aku setakat neh. Ianya btol2 menguji kekuatan & ketabahan diri aku terutama dari segi kewangan. Mane taknye... Lesen, cukai jalan & insurans kereta & motor semua tamat tempoh dlm bulan nie. Cume tarikh tamat tempoh tu je lain2. Ade yg awal bulan & ade yg ujung. Lesen je yang dh selesai diperbaharui. Tak kira lg dgn persiapan akhir aku utk ke tanah suci..... Allahuakbar.... Sesungguhnya setiap yg berlaku itu adlh ujian dariNya. Itu je la yg aku pegang sebagai pengguat diri & hati nie. Ape jua yg datang, aku akn hadap dgn tenang. Segalanya aku rancang dgn rapi & teliti agr semuanya dpt diselesaikan walaupun perlu dilakukn satu persatu. Sebagai contoh, Kalau kereta aku akan lepaskn Arata dulu & kemudian motor pula dan lepas tu baru Dora2. Setiap satu tu aku mgkn akan jarakkn sekurang - kurangnya 2 bulan supaya bulan - bulan akan datang Insha'Allah takkan jadi lg masalah mcm nie. Sakit kalo nak "renew" serentak. Nanti tahun depan jadi lagi. Kusut lagi... Persiapan akhir utk misi 17/2 masih berjalan cume agak sedikit perlahan akibat dari beberapa faktor yg membuat aku terpaksa memperlahankn misi ini. Tinggal lebih kurang seminggu je lg. Aku hnya mengharapkn Allah mempermudahkn segala urusan & membantu aku dlm menyelesaikn semua permasalahan. Hidup xde cabaran, tak seronok la yer tak. Heheheheee.... Setiap ujian & dugann ade hikmahnye. Setiap satu itu menandakan yg Allah sayangkn kita & sentiasa ingat kpd kita. Tapi ingatkah kita kepadaNya??? Haaaa.... Hadapilah setiap dugaan dengan senyuman..... Jadi renung - renungkanlah ek. Saya juga berpesan kpd diri sy sendiri agar sy juga tidak leka..... Insha'Allah....

06 February 2012

Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.h.t. Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan yg mentadbir sekalian alam. Selawat & salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur kehadratNya kita masih berada di muka bumi ini utk menjalankn tanggungjawab sebagai khalifah di dunia ini. Sebelum tu sy ingin mengucapkn Salam Maulidur Rasul kpd smua kwn2 terutama viewers blog sy neh. Hari nie buat pertama kalinya aku menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul nie sejak bertugas di Majlis Perbandaran Sepang. Sebelum nie tak berkesempatan nk turut serta. Seronok gak rupenye walaupun kena bangun seawal jam 4 pagi dan perlu ada di pejabat pada jam 5 pagi. Dengan keadaan yg tk berapa cukup tido, aku gagahkan diri gak tuk datang. Memang 1 pengalaman yang menarik. Nie aku kongsikan skit gambar2 semasa acara nie berjalan. Nak tgk lebih banyak, korg leh layari laman Facebook aku http://www.facebook.com/kenjihachiro.